BM | EN | 中文

Pembangunan pelabuhan Minyak Beku mampu jana ekonomi baru Johor

pelabuhan-minyak-beku-batu-pahat.jpg

Pelabuhan Minyak Beku di Batu Pahat, Johor

Advertisement

BATU PAHAT, 5 OGOS: Pelabuhan ‘barter trade’ Batu Pahat dilihat terkebelakang dari limpahan arus pembangunan di sekitar daerah ini.

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata, perkembangan perindustrian dan institusi pendidikan daerah sudah lapan tahun berlalu, namun import-eksport ‘barter trade’ pelabuhan ini yang disebut antara yang terbaik di Malaysia masih menggunakan kemudahan lama.

“Pelabuhan barter trade perlu suntikan idea arkitek yang drastik dan bercita-cita besar. Saya yakin limpahan pembangunan yang dapat dirasai oleh rakyat sekiranya pembinaan pelabuhan ini disegerakan.

Advertisement

“Terdapat pelbagai masalah yang berlaku di pelabuhan ini dari segi infrastruktur mahupun isu keselamatan yang tidak mencerminkan pembangunan yang mampan di kawasan ini.

“Kita mahu melihat kawasan ini membangun sesuai dengan permintaan domestik mahupun luar agar dapat meyakinkan pelabur untuk terus berkecimpung dalam urus niaga di kawasan tersebut,” katanya.

Khairuddin menyenaraikan beberapa masalah di kawasan pelabuhan itu termasuk beberapa insiden mencurigakan.

Advertisement

“Antara masalahnya adalah seperti pintu keluar masuk yang dilihat longgar dan tiada kawalan. Tiada pejabat penguatkuasa di pelabuhan berkenaan.

“Selain itu penyeludupan barang-barang dari luar, import bahan makanan yang tidak ada kawalan pemeriksaan kesihatan serta pencerobohan warga asing yang tidak terkawal sering berlaku.

“Dalam pada lain, isu pencerobohan tanah yang tidak selesai sehingga hari ini, pencemaran alam sekitar di tahap yang membimbangkan, isu penyakit berjangkit dan kelemahan ini membuatkan negeri kita kehilangan hasil yang banyak setiap tahun,” katanya.

Advertisement

Katanya, sekiranya pelabuhan itu berjaya dibangunkan secara tersusun ia akan membawa limpahan yang banyak kepada penduduk setempat seperti peluang perkerjaan, peniagaan kecil-kecilan dan ia sekaligus meningkatkan lagi ekonomi setempat.

Tambah Khairuddin lagi, pada 2012, Batu Pahat terletak di kedududkan ke-16 sebagai bandar yang pesat membangun di seluruh Malaysia.

“Saya telah bangkitkan perkara ini beberapa kali dalam Dewan Negeri (DUN) Johor. Saya turut difahamkan suatu jawatankuasa telah dibentuk bagi menguruskan perkara ini namun ia dilihat lemah.

Advertisement

“Ia memerlukan tekanan yang kuat dari pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah berpanjangan yang tiada kesudahan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top