BM | EN | 中文

PEMBANGUNAN OLEH PEMAJU TAK SEIRING PERMINTAAN PASARAN

IMG-20191118-WA0021.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 18 NOV: Pembangunan pelbagai sektor termasuk projek perumahan di Johor oleh pemaju tidak seiring permintaan di pasaran kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, Dzulkefly Ahmad.

Kata Dzukefly, secara dasarnya ia di luar tanggungjawab, namun kerajaan negeri akan terus berusaha membantu, kerana lambakan hartanah merupakan kerugian kepada ekonomi di Johor.

Advertisement

Difahamkan, kira-kira 51,000 unit hartanah tidak terjual di Johor dengan nilai anggaran sebanyak RM 36 bilion merangkumi semua sektor termasuk kediaman.

Justeru itu katanya, usaha-usaha bagi mencairkan sekurang-kurangnya satu pertiga dari jumlah yang ‘terbeku’ itu sedang giat dilakukan.

“Bila berlaku ‘sekatan’ dengan rumah tidak terjual, ia merupakan kerugian kepada ekonomi secara keseluruhan. Kita akan cuba menggerakkan ‘duit yang tersekat’ ini,” kata Dzulkefly dalam wawancara Awani Pagi di Astro Awani, hari ini.

Advertisement

Namun katanya, kerajaan negeri tidak mahu menghantar isyarat salah kepada pemaju, seolah-olah kerajaan menggalakkan mereka untuk terus membina rumah mewah.

“Ini tidak sihat. Seolah-olah nanti kalau apa terjadi, kerajaan negeri akan ‘bail out’ (apung semula). Tidak begitu. Kita tak nak usaha daripada kerajaan negeri dilihat sebegitu.

“Kalau kita boleh cairkan satu pertiga dan wang itu berlegar dalam sistem ekonomi, ia boleh mengaktifkan kesan berantai kepada sektor-sektor lain.

Advertisement

“Di samping itu juga, ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan,” jelas Dzulkefly.

Kata Dzulkefly, masalah tersebut akan ‘disantuni’ dan akan diperincikan melalui pembentangan Belanjawan 2020 pada 21 November nanti.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top