BM | EN | 中文

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR TURUT AMBIL KIRA SOSIOEKONOMI PENDUDUK

IMG-20191106-WA0027.jpg
Advertisement

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 6 NOV: Kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar tidak hanya fokus kepada pembangunan infrastruktur tetapi juga pembangunan sosioekonomi dan modal insan masyarakat.

Advertisement

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun memberitahu, perkara tersebut merupakan antara matlamat utama pihaknya setelah beliau meneraju kementerian itu.

“Kami mahu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat luar bandar menjadi lebih tinggi sekaligus merapatkan jurang antara mereka dan masyarakat di bandar.

“Saya sedih apabila masyarakat umum mengaitkan penduduk luar bandar dengan isu kemiskinan, itu yang kami mahu ubah,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penutupan Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Dandanan Diri anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Dewan Serbaguna Kampung Seri Bunian, di sini, hari ini.

Tambah beliau, bagi memastikan pelbagai program dijalankan Kemas mencapai objektif ditetapkan, pihaknya akan memantau peserta-peserta program dalam tempoh dua tahun.

“Dahulu, apabila peserta menerima bantuan peralatan seperti peti sejuk, ada antara mereka menjualnya untuk mendapatkan keuntungan segera, tetapi itu hanya membantu mereka sementara sahaja.

Advertisement

“Menerusi pemantauan selama dua tahun dan bimbingan berterusan, kami yakin peserta terlibat dalam melakukan pelbagai aktiviti yang boleh memberi pendapatan tambahan buat diri dan keluarga mereka,” ujarnya.

Sementara itu, program KKJP Dandanan Diri yang bermula pada pukul 9 pagi itu dihadiri seramai lebih 40 peserta yang diberi pendedahan ilmu berkaitan seperti ilmu solekan, penjagaan rambut, tutorial memakai tudung dan sebagainya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top