BM | EN | 中文

PEMBANGUNAN FIZIKAL BANDAR PENGGARAM HARUS PEKA SEJARAH DAN WARISAN

mohd-khuzzan-abu-bakar-2.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 12 SEPT: Perancangan fizikal sesebuah bandar lama seperti Bandar Penggaram di Batu Pahat harus memberi penekanan terhadap aspek penghargaan sejarah dan warisan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar, karektor sesebuah bandar warisan perlu difahami agar projek-projek fizikal yang dilaksanakan tidak seharusnya sama dengan bandar-bandar lain.

“Ini kerana pembangunan yang dijalankan sinonim dengan asal usul penceritaan sebenar yang kelak boleh membentuk keunikan dan identiti sesebuah bandar.

Advertisement

“Aset Sungai Batu Pahat yang sudah tentu terkenal dengan ‘barter trade’ perlu diambil kira sebagai warisan sejarah penting untuk diintegrasikan dengan fasad-fasad bangunan lama.

“Warisan ini amat mahal dan suntikan input warisan ini perlu dijadikan rencah di dalam perancangan agar projek yang dilaksanakan kelak mesra kepada identiti sebenar bandar Penggaram,” katanya.

Lanjutan dari itu kata Khuzzan, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melantik Pusat Kajian Alam Bina (KALAM) bagi membantu mengumpulkan data-data penting sebagai sokongan kepada fakta sahih tentang sejarah warisan Bandar Penggaram.

Advertisement

Tambahnya, output KALAM juga akan menyentuh fakta-fakta bangunan-bangunan lama yang masih wujud di Bandar Penggaram.

“Output kajian oleh KALAM ini akan dibukukan untuk menjadi ‘coffee table’ Bandar Penggaram.

“Mereka (KALAM) akan memberi cadangan kepada usaha aspek ‘urban design’ dan ‘urban scape’ bagi memandu MPBP di dalam mengawal bangunan-bangunan lama di dalam zon warisan tersebut,” katanya.

Advertisement

Mohd Khuzzan (PH-Semerah) berkata demikian ketika menjawab soalan Gan Peck Cheng (PH-Penggaram) tentang projek Bandar Warisan semasa persidangan DUN ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top