BM | EN | 中文

PEMBANGUNAN DI MUAR ANTARA TUMPUAN BELANJAWAN JOHOR 2020

dr-sahruddin-jamal.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 24 NOV: Kerajaan negeri akan memastikan projek pembangunan sama ada melalui peruntukan pusat mahupun negeri dilaksanakan, dengan daerah Muar merupakan antara tumpuan Belanjawan Johor 2020.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal (PH-Bukit Kepong) berkata demikian menjawab soalan Zaiton Ismail (BN-Sungai Balang) berhubung peruntukan RM106 juta bagi pembangunan di Muar.

Dr Sahruddin berkata terdapat tiga pecahan untuk projek tersebut termasuk pembinaan pasar awam Parit Jawa yang dijangka pada Mac 2020 serta projek penambakan pemecah ombak di Pangkalan Seri Menanti Laut yang dijangka bermula pada April tahun depan.

Advertisement

“Selain itu termasuklah projek membina dan menyiapkan sebuah stadium mini yang terdiri daripada astaka dan padang bola sepak sintetik serta padang serbaguna di SK Kampung Parit Nawi,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam lawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Muhamad Azmin Ali di Muar 20 Oktober lalu, beliau juga bersetuju untuk mempertimbangkan peruntukan sejumlah RM101.15 juta bagi enam projek.

“Ini termasuklah projek membina medan selera asam pedas di Pantai Leka, Parit Jawa, projek menaiktaraf hakisan pantai di kawasan Pangkalan Seri Menanti Laiut, projek menaiktaraf dan baikpulih perparitan dan bangunan sekolah di SK Parit Nawi.

Advertisement

“Selain daripada itu, projek cadangan membina jalan pintas dari Muar Furniture Park ke Batu 11, pelebaran jalan utama dalam kawasan itu dan projek menaiktaraf serta pelebaran jalan sedia ada di kawasan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Sahruddin turut menjawab soalan Ayub Jamil (BN-Rengit) tentang jaminan kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan projek pembangunan di Johor, khususnya peruntukan disediakan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di daerah Muar.

Kata Sahruddin, semua pihak harus bekerjasama dalam usaha memastikan pembangunan negeri Johor dapat dilaksanakan bagi kepentingan rakyat.

Advertisement

“Sebagai contoh baru-baru ini saya telah merasmikan projek laluan persimpangan bertingkat Bandar Pulai Jaya yang umum tahu ia telah berjalan sejak beberapa tahun lalu (ketika dibawah pentadbiran kerajaan BN).

“Tetapi kerajaan Pakatan Harapan yang membantu untuk merasmikan projek tersebut, demi kepentingan rakyat bersama,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top