BM | EN | 中文

PEMBANGUNAN BELIA PERLU DIBERI PERHATIAN

IMG-20191127-WA0019.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 NOV : Pembangunan belia perlu diberi perhatian sewajarnya sebagai usaha membentuk golongan itu lebih berdaya saing dan berkarisma.

Berikutan itu, Adun Pulai Sebatang, Muhamad Taqiuddin Cheman berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyediakan peruntukan dan platform yang kondusif untuk belia mengembangkan bakat serta potensi.

“Projek seperti Bandar Belia Malaysia di Bandar Renggam, Kluang adalah idea yang sangat bernas dengan inisiatif untuk membina sebanyak mungkin pusat aktiviti belia.

Advertisement

“Peruntukkan bagi pengisian hab belia di hutan bandar melalui pembangunan ekonomi kreatif, keusahawanan dan sukan juga diharap meningkat lagi hubungan belia dan kerajaan Johor.

“Hasrat kerajaan negeri memperkasa Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC) yang bertujuan memantapkan lagi jati diri belia Johor dengan peruntukan RM 500,000 harus disambut baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan perbahasan di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Advertisement

Muhamad Taqiuddin berkata, membawa suara belia dalam isu pemilikan rumah telah lama menjadi polemik di Johor.

“Dengan harga rumah yang melambung sebelum ini telah membuatkan golongan belia ketinggalan dari mendapatkan peluang berkenaan perkara itu.

“Skim Perumahan Belia Johor pula adalah inisiatif kerajaan dalam usaha membantu pasangan muda yang baru berkahwin berusia 21 hingga 30 tahun untuk mendapatkan kediaman yang selesa.

Advertisement

“Usaha ini adalah usaha yang murni dalam mengurangkan beban orang muda dalam mendepani cabaran sara hidup dan permulaan kehidupan berkeluarga,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top