BM | EN | 中文

Pembangunan baru di Gelang Patah perlu kajian terperinci untuk elak banjir

dzulkefly-ahmad.jpg
Advertisement

GELANG PATAH, 29 JUN: Kerajaan perlu menjalankan kajian terperinci terhadap setiap pembangunan baru di kawasan Gelang Patah bagi mengelakkan banjir daripada berulang.

Adun Kota Iskandar, Sr Dzulkefly Ahmad berkata, pembangunan pesat di Nusajaya dan Iskandar Puteri juga perlu seiring keupayaan infrastruktur tempatan.

“Saya difahamkan kajian dikemukakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum ini adalah untuk membina benteng tambatan banjir tetapi melibatkan perpindahan ramai penduduk.

Advertisement

“Pilihan kedua ialah membina pintu air pasang surut sama ada manual atau automatik.

“Dua kajian atau pilihan ini perlu dipertimbangkan kerajaan kerana kita bimbang banyak lagi pembangunan baru akan berlaku di Kota Iskandar.

“Salah satu daripadanya ialah 666 ekar tanah yang telah dibeli oleh Sunway daripada Iskandar Investment (IIB) di Kampung Ladang.

Advertisement

“Saya difahamkan pembangunan berhampiran jeti Pendas Laut dan bila berlaku pembinaan, limpahan air ‘discharge’ akan bertambah lebih besar,” kata Dzulkefly ketika dihubungi.

Tambah beliau terdapat juga pembangunan oleh Kumpulan Prasrana Rakyat Johor (KPRJ) di kawasan Gelang Patah dengan keluasan 700 ekar yang dijangka mengakibatkan kesan yang sama.

“Keadaan bukan semakin baik jika tiada langkah diambil oleh kerajaan untuk jangka masa pendek atau panjang. Keadaan banjir akan semakin parah,” jelasnya.

Advertisement

Beliau difahamkan JPS akan menyelesaikan kerja-kerja penyelenggaraan bermula Julai ini bagi menangani masalah yang berlaku.

“Untuk jangka masa panjang kajian menyeluruh perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan pembangunan yang berlaku tidak menjejaskan penduduk sekitar,” kata Dzulkefly.

Beliau berkata kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini di kawasan Gelang Patah telah dijangka mulai awal tahun ini

Advertisement

“Sebelum ini juga kajian telah dijalankan namun tidak berjaya diselesaikan akibat perubahan kerajaan Mac lalu.

“Saya telah mengenal pasti beberapa punca seperti sungai dan longkang yang tidak diselenggara, kerja pembinaan tanpa kebenaran, membuat terus sendiri (struktur) menyeberangi sungai dan keadaan pembinaan pintu yang agak tinggi sehingga menyebabkan aliran air agak perlahan.

“Juga dikenalpasti adalah pembinaan jambatan Tanjung Kupang ke Pontian yang masih terbengkalai di mana jambatan tersebut sepatutnya siap Ogos ini dan ia juga merupakan faktor atau punca menyebabkan berlakunya banjir,” jelasnya lagi.

Advertisement

Menurut beliau antara kawasan yang terbabit di Mukim 8 ialah Kampung Tiram Duku, Pekajang, Tanjung Adang, Pok dan juga Tanjung Kupang.

Terdahulu sebelum itu, Dzulkefly turut meluangkan masa bertemu penduduk di kawasan DUN Kota Iskandar yang terjejas akibat banjir.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top