BM | EN | 中文

PEMBANGKANG MASIH KELIRU SOAL PERUNTUKAN KEPADA MAJLIS BELIA

IMG-20191127-WA0006.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 NOV : Pembangkang dilihat masih keliru di mana pemikiran mereka masih mempunyai stigma bahawa kerajaan persekutuan tidak menyalurkan apa-apa bantuan kepada majlis belia atau belia di negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, peruntukan tersebut ada namun kaedah penyalurannya berbeza berbanding era pemerintahan Barisan Nasional (BN).

“Menjawab soalan tambahan dari Adun Panti berkenaan peruntukan untuk majlis belia, walaupun soalan tersebut tersasar dari soalan asal tetapi saya jawab juga.

Advertisement

“Saya pertegaskan dalam sidang Dun bahawa peruntukan itu ada cuma kaedah saluran kepada majlis belia sahaja berbeza berbanding apa dilakukan sewaktu era BN.

“Di peringkat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk bantuan dana kepada majlis belia kita salurkan melalui proposal atau kertas kerja aktiviti atau program yang hendak dijalankan majlis belia dimana-mana sahaja.

“Kemudian mereka akan kemukakan proposal itu dengan bajet diperlukan dari situ kita salurkan kepada majlis belia untuk pastikan saluran perutukan itu lebih beritegriti dan efisyen dan lebih berfokus bersasar kepada aktiviti yang hendak dilaksanakan majlis belia tertentu,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika sesi rehat di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Tambahnya, beliau perlu menjelaskan perkara tersebut agar tidak mahu rakyat melihat dari kaca mata pembangkang bahawa PH tidak membantu majlis belia.

Dalam pada itu, Sheikh Umar berkata, dalam menuju ke arah pewartaan Rang Undang Undang (RUU) 668 pada 2021 yang akan membolehkan anak-anak muda berumur 18 tahun ke atas menjadi pengundi secara automatik dan juga calon pilihanraya, di peringkat negeri, program permulaan Sekolah Rukun Negara (SRN) telah diadakan selama sehari pada 29 Ogos lalu di Dewan Besar Kejora, Kota Tinggi.

Advertisement

Menurutnya, seramai 200 orang belia dari Institut Sains dan Teknologi Darul Ta’zim (INSTEDT) Bandar Penawar dan Kolej Profesional Mara, termasuk juga dari Majlis Belia Negeri Daerah Kota Tinggi, Johor Bahru, Mersing dan Kulai telah menyertainya.

Katanya, kerajaan negeri komited untuk memastikan dasar baru ini dapat membantu anak-anak muda antaranya melalui peruntukan RM1.6 juta diumumkan menteri besar dalam Belanjawan Johor 2020.

“Terdapat banyak kluster program anak-anak muda akan dilaksanakan melalui peruntukan itu antaranya digunakan untuk pendidikan politik anak muda dan belia dalam konteks undi 18 tahun ini.

Advertisement

“Menerusi agensi Institut Integriti Kepimpinan Dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS), beberapa program telah mula dijalankan antaranya program Minda Perdana – Aspirasi Idealis Anak Muda yang telah diadakan di 15 buah sekolah khusus untuk pelajar Tingkatan 4 iaitu berumur 16 tahun.

“Selain daripada memberi penekanan tentang integriti dan kepimpinan pelajar, program ini juga dijalankan untuk melihat demografi dan persepsi pelajar sekolah di Johor tentang pembangunan negeri dan sejauh mana mereka tahu tentang peranan mereka dalam pembangunan negeri Johor,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top