BM | EN | 中文

PEMBANGKANG HANYA CAKAP, TAPI PH ‘DELIVER’

IMG-20191105-WA0060.jpg

 

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 5 NOV: Gabungan pembangkang disifatkan hanya boleh bercakap tetapi tidak mampu melaksanakan apa yang dikatakan.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia berbeza dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang melaksanakan semua amanah rakyat.

“Mereka boleh cakap tapi mereka tak boleh ‘deliver’ (melaksanakan). Kuat mana pun suara mereka, mereka tetap di kerusi pembangkang.

“Kita (PH) diamanahkan rakyat pada hari ini dan kita boleh dengar serta ‘deliver’. Lagi kuat pembangkang bercakap dan menegur, kita akan buat kerja untuk deliver,” katanya dalam sidang media selepas program walkabout di pasar pagi Pekan Serkat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa gabungan UMNO-Pas bakal menjadi jurucakap sebenar kaum Melayu bagi memperjuangkan kepentingan dan hak istimewa kaum itu berbanding parti Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) sekiranya menang pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai kelak.

Salahuddin berkata, pengundi Tanjung Piai perlu memberi kepercayaan kepada kerajaan PH yang boleh meneruskan agenda rakyat oleh Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik sebelum ini.

“Itu janji kita kepada rakyat, kita tidak boleh cuai dan tidak boleh lengahkan,” katanya.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top