BM | EN | 中文

Pembalakan di Mersing dibimbangi ganggu aset ATM, pencawang talian telefon

Ir-Khairuddin-A-Rahim.jpg

Khairuddin A Rahim

Advertisement

MERSING, 2 JUN: Kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Lenggor, Mersing dikhuatiri menjejaskan kawasan berhampiran lokasi kegiatan itu kerana terlalu hampir dengan pencawang talian telefon serta aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata, pembalakan di kawasan itu perlu dikaji semula.

“Pembalakan seluas 23.88 hektar ini dikesan terlalu dekat dengan aset pihak tertentu dan ia akan mengundang risiko seperti hakisan serta pelbagai lagi masalah.

Advertisement

“Perkara ini perlu disemak semula oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor kerana pembalakan ini berlaku di kawasan kaki bukit yang pastinya akan menjejaskan aset-aset berkenaan.

“Kita maklum di atas bukit berkenaan terdapat pencawang talian telefon dan juga aset ATM yang boleh menyebabkan hakisan berlaku sekiranya kegiatan agresif pembalakan dilakukan di kaki bukit tersebut,” ujarnya.

Khairuddin sebelum ini yang banyak memperjuangkan isu alam sekitar di Johor memohon tindakan segera bagi mengekang keadaan ini dari risiko yang tidak diundang.

Advertisement

Katanya lagi, Jabatan Perhutanan juga perlu menyemak semula serta menyiasat kawasan pembalakan yang dibenarkan beroperasi supaya tidak mendatangkan jangka masa panjang.

“Jabatan Perhutanan perlu peka dalam meluluskan kompartmen tertentu dan bukan seperti yang berlaku di kompartmen 118 Hutan Simpan Lenggor yang bakal mengundang bahaya.

“Mereka harus maklum berkenaan kawasan-kawasan yang sensitif terutamanya berkaitan dengan aset-aset penting hak milik negara.

Advertisement

“Kita mendesak agar Jabatan Perhutanan mengambil maklum berkenaan hal ini serta menghentikan sementara kegiatan pembalakan tersebut dan melakukan siasatan secara mendasar berkenaan kesan yang bakal dihadapi,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top