JOHOR BAHRU, 30 SEPT: Penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Tazim (JDT) kini boleh membuat pembaharuan pas bermusim bagi tahun depan bermula 1 Oktober ini.
Menurut kenyataan yang di muat naik di Facebook rasmi Johor Southern Tigers, potongan 10 peratus akan diberikan kepada mereka yang membuat pembaharuan sebelum 28 November.
“Pemegang pas boleh membuat pembaharuan di aras satu pejabat Southern Tigers Sdn Bhd yang bertempat di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di sini.
“Pejabat akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada hari Ahad hingga Khamis, kecuali pada hari perlawanan,” katanya lagi.
Tambahnya, tarikh akhir pembaharuan pas bermusim itu akan berakhir pada 28 November ini
Johorkini