BM | EN | 中文

Pembaharuan lesen vesel perikanan di Johor perlu dibuat sebelum 30 Jun

nelayan-kelas-A.jpg

Gambar Ehsan Facebook APMM

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 JUN: Semua vesel perikanan di negeri Johor yang telah tamat tempoh sah lesen, pembaharuan lesen vesel dan peralatan menangkap ikan hendaklah dilakukan sebelum 30 Jun 2020.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya Jabatan Perikanan Negeri Johor (JPNJ) komited dalam membantu golongan nelayan dan penternak akuakultur semenjak dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarakat (PKPB).

Advertisement

Antara inisiatif diusahakan termasuklah memberi pengecualian kepada nelayan meneruskan operasi menangkap ikan bagi lesen yang tamat tempoh semasa PKP dan PKPB.

“Walaubagaimanapun, semua vesel perikanan yang telah tamat tempoh sah lesen, pembaharuan lesen vesel dan peralatan menangkap ikan hendaklah dilakukan sebelum 30 Jun 2020,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau semasa tempoh PKPB juga, semua urusan di kaunter Pejabat Perikanan Daerah yang melibatkan pembaharuan lesen diproses secara berperingkat.

Advertisement

Ia dimulakan dengan vesel-vesel bagi zon C, C2 dan C3 yang boleh diperbaharui bermula 12 Mei 2020, vesel-vesel Zon B bermula 18 Mei 2020 dan vesel bagi Zon A yang dilakukan bermula 2 Jun 2020.

Manakala permohonan permit kru bukan warganegara Malaysia boleh dilaksanakan secara atas talian menerusi email.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top