BM | EN | 中文

Pematuhan rakyat Johor terhadap PKP dianggarkan sebanyak 92 peratus

DSC_7320-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 MAC: Pematuhan penduduk negeri ini terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari keenam hari ini dianggarkan sebanyak 92 peratus.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya bagaimana masih belum berpuas hati dengan statistik berkenaan.

“Majoriti penduduk yang masih berada di luar bukan kerana tidak patuh arahan PKP, tetapi mempunyai sebab untuk berbuat demikian.

Advertisement

“Namun demikian saya masih belum berpuas hati dengan statistik tersebut kerana pematuhan kepada PKP ini penting bagi membendung penularan wabak Covid-19 (koronavirus),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas melawat salah satu sekatan jalan raya yang dibuat pihaknya dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia di Jalan Tampoi Lama, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Panglima Briged 7, Tentera Darat Malaysia, Brigadier Jeneral Datuk Zawawi Adam.

Advertisement

Tambah beliau, pihaknya masih belum berpuas hati kerana masih ramai masyarakat memberikan alasan yang kurang relevan apabila disoal sebab mereka berada di luar rumah semasa PKP dilaksanakan.

“Contohnya sepasang kekasih yang ketika ditahan memberi alasan keluar untuk membeli topeng muka, perkara itu boleh dibuat bersendirian sahaja, tidak perlu berdua,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top