BM | EN | 中文

Pematuhan PKP rakyat Johor 96 peratus – Exco

vidyanathan.jpg

Gambar Ehsan R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 APR: Pematuhan penduduk Johor terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 30 Mac dianggarkan sebanyak 96 peratus.

Perkara tersebut dinyatakan Vidyananthan Ramanadhan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar berhubung situasi semasa kes Covid-19 di negeri Johor.

“Saya juga mendapati bahawa purata peratusan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Negeri Johor pada 30 Mac 2020 adalah sebanyak 96.42 peratus iaitu meningkat sedikit berbanding semalam (29 Mac), katanya dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, mereka yang berada di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD akan dibantu, termasuk bekalan makanan dan keperluan asas harian.

Dua kawasan di Johor yang kini dikuatkuasakan PKPD adalah Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baru Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam.

“Tidak perlu risau kerana bekalan makanan asas yang diagihkan kepada orang awam di kawasan PKPD mencukupi dan akan diagihkan secara berperingkat serta diuruskan dengan baik setakat ini oleh jabatan, agensi kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan.

Advertisement

“Saya berharap kepada semua penduduk di kawasan terbabit supaya bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas kesihatan serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top