BM | EN | 中文

Pemasangan pagar keselamatan flat Stulang Laut dijangka siap minggu depan, kata Adun

Pemasangan-pagar-keselamatan-flat-Stulang-Laut-dijangka-siap-minggu-depan-kata-Adun.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 NOV: Pemasangan pagar keselamatan di kawasan flat Stulang Laut diharap dapat membantu mengelakkan kejadian kecurian daripada berlaku di kawasan itu.

Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng berkata, kadar pengangguran yang meningkat dibimbangi menjadi punca kejadian jenayah di sekitar taman perumahan ini.

“Projek ini telah dimulakan pada bulan lepas dan dijangka akan siap pada minggu depan.

Advertisement

“Kes pecah rumah, kecurian ada kaitan dengan kadar pengangguran.

“Ini memandangkan kadar pengangguran semakin tinggi, penduduk berdepan dengan risiko keselamatan, terutamanya di kawasan-kawasan perumahan yang tanpa pagar keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Lawatan Andrew ke fasiliti PPR Sri Iskandar dan dan PPR Sri Stulang baru-baru ini

Dalam pada itu Andrew memaklumkan, masalah ‘manhole’ tersumbat di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Iskandar dan PPR Sri Stulang telah menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan tersebut.

Advertisement

Lawatannya baru-baru ini ke PPR Sri Iskandar dan dan PPR Sri Stulang bersama wakil dari pejabat urusan diharap dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Difahamkan projek bagi menggantikan pam yang tidak berfungsi itu telah dimulakan akan mengambil masa kira-kira sebulan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top