BM | EN | 中文

Pemantauan kerap elak aktiviti pengambilan tanah tak patuhi SOP – Adun Pekan Nanas

g.jpg
Advertisement

PONTIAN, 26 NOV: Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong berharap pemantauan yang kerap oleh pihak berwajib dapat mengelak ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti pengambilan tanah merah sehingga menjejaskan kehidupan penduduk.

Beliau berkata demikian selepas mendapat aduan daripada penduduk setempat berkaitan aktiviti pengeluaran tanah di Kampung Melayu Bukit Panjang yang menjejaskan laluan di kawasan itu.

Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong

“Pada dua hari lepas wakil saya telah memantau aduan daripada penduduk berkaitan aktiviti pengeluaran tanah di Kampung Melayu Bukit Panjang.

Advertisement

“Aktiviti ini memberikan impak negatif kepada struktur muka bumi di kawasan ini, malah cara pengambilan tanah yang tidak menepati SOP telah mengundang bahaya kepada penduduk setempat terutama yang menggunakan laluan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, aktiviti pengeluaran tanah di kawasan itu menimbulkan masalah lalu lintas dan berkemungkinan menjejaskan prasarana utiliti seperti paip air dan tiang elektrik.

Dalam pada itu beliau yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Cikgu Yeo’ turut memaklumkan pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor dari bahagian penguatkuasaan telah datang ke tapak untuk memantau aduan tersebut.

Advertisement

“Pihak PTG Johor dan Pejabat Tanah Daerah Pontian akan menyiasat kes ini. Semoga semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top