BM | EN | 中文

PEMANGKU RAJA JOHOR TITAH SMK TANJUNG ADANG DITUTUP SEMENTARA

tmj-hj-dzul-kebakaran-iskandar-puteri.jpg

ISKANDAR PUTERI, 26 OGOS: Pemangku Raja Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, menitahkan agar SMK Tanjung Adang yang terletak berhampiran kawasan kebakaran di Iskandar Puteri, ditutup sementara sehingga keadaan benar-benar selamat bagi proses pembelajaran.

Perkara tersebut dinyatakan dalam kiriman di laman Facebook baginda hari ini.

“DYAM Pemangku Raja turut diberikan taklimat perkembangan terkini operasi pemadaman api oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Datuk Yahaya Madis.

“Kebakaran hutan tersebut telah merebak sehingga membabitkan seluas 98 hektar dipercayai akibat dari cuaca panas dan kering yang melanda negeri ini.

“Pemangku Raja turut melakukan lawatan ke SMK Tanjung Adang dimana ia terletak berhampiran dengan kawasan kebakaran dan menitahkan sekolah tersebut ditutup sementara demi kesihatan para pelajar,” titah tersebut dipetik.

Terdahulu, Tunku Ismail pagi ini berangkat melawat kawasan kebakaran di Iskandar Puteri dekat Kampung Pekajang, Gelang Patah.

Baginda turut diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi Dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad.

Gambar lawatan tersebut turut dimuatnaik ke laman Facebook rasmi baginda.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top