JOHOR BAHRU, 12 SEPT: Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan menganjurkan Program Santai Petang dan Majlis Ramah Mesra Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, di sini, semalam.
Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Program itu diadakan bagi meraikan anggota-anggota bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman api di kawasan kebakaran hutan di Kampung Pekajang, Jalan Tanjung Kupang, Iskandar Puteri, bulan lalu.
Pada majlis itu, Tunku Mahkota Ismail turut menzahirkan penghargaan ucapan terima kasih kepada anggota bomba.
“Syabas dan teruskan usaha dalam menjalankan tugas dengan berdedikasi untuk berkhidmat kepada negara,” titah Baginda.
Turut berangkat sama pada majlis hari ini, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.
Johorkini