JOHOR BAHRU, 1 JAN : Pemangku Raja, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menerima mengadap barisan pengurusan dan para pemain skuad sepak takraw, Johor Tigris di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, hari ini.
Dalam pertemuan tersebut, Pemangku Raja mengucapkan syabas dan tahniah kepada skuad Johor Tigris yang telah memenangi kejuaraan Piala Juara-Juara STL pada kejohanan yang berlangsung di Studio Iskandar Malaysia, di sini baru-baru ini.
Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kurnia peribadi kepada para pemain atas kejayaan tersebut.
Turut membanggakan lagi adalah dalam pertandingan tersebut, Noraizat dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai dan Pelibas Terbaik.
JohorKini