BM | EN | 中文

Pemangku Ketua Armada Johor keluar Bersatu

Shaiful-Riza-Armada-Johor-Copy.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 12 OGOS: Pemangku Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Shaiful Rizal Mohd Salleh mengumumkan keluar parti itu semalam.

Perkara itu dinyatakan Shaiful menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik ke laman facebook beliau malam tadi.

“Saya Shaiful Rizal Mohd Salleh, bernombor ahli 47129, dengan ini mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan meletakkan semua jawatan yang telah disandang.

Advertisement

“Saya berpandangan Bersatu yang ditubuhkan untuk menentang amalan rasuah, salah guna kuasa serta kleptokrasi kini sudah tersasar daripada perjuangan asal.

“Bersatu bukan sahaja tidak menghormati mandat rakyat, bahkan mengkhianatinya. Perjuangan belum selesai,” kata Shaiful.

Selain memegang jawatan Pemangku Ketua Armada Johor, beliau juga sebelum ini merupakan Naib Ketua Bersat Bahagian Kota Tinggi, Ketua Armada Kota Tinggi dan Ketua cawangan Bersatu Kampung Makam.

Advertisement

Terdahulu pada 9 Ogos, Ketua Armada Muar, Riad Ahmad mengumumkan keluar parti bersama 40 ahli dan akan diikuti yang lain secara berperingkat.

Manakala pada 8 Ogos, cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Tariq Ismail Mustafa turut mengumumkan keluar Bersatu.

Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang sebelum ini berkata, keadaan parti itu di negeri ini terkawal dan akan terus menyokong kepimpinan presiden dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Advertisement

Beliau turut menolak dakwaan kononnya terdapat pemberontakan dalam kalangan ahlinya di Johor yang mahu menyertai parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top