BM | EN | 中文

Pemandu treler dilanggar lori ketika tukar tayar

tayar-1-01-scaled.jpg

Mangsa tersepit di bahagian tayar dan disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Ayer Hitam.

KLUANG, 13 FEB : Seorang pemandu treler maut selepas dilanggar sebuah lori ketika sedang menukar tayar kenderaan tersebut di Kilometer 85 Lebuhraya Utara Selatan, Arah Selatan, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Isyadi Dani berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 9.17 malam.

Katanya, sebuah jentera dengan kekuatan seramai tujuh orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Ketika sampai di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler.

“Terdapat seorang mangsa iaitu pemandu treler dikenali sebagai Lai Wen Zhong, 23 sedang menukar tayar sebelum dilanggar lari oleh sebuah lori yang tidak diketahui jenis dan nombor pendaftaran.

“Semasa kejadian, pihak petugas Plus Ronda turut berada di lokasi kejadian. Mangsa telah tersepit di bahagian tayar dan disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Ayer Hitam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke Hopital Batu Pahat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top