BM | EN | 中文

Pemandu tersepit kemalangan babit dua kenderaan

IMG-20200121-WA0006.jpg

Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan sebuah kereta jenis Perodua Alza. 

KLUANG, 21 JAN : Bomba mengambil masa kira-kira tujuh minit mengeluarkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang tersepit dalam kemalangan berlaku di hadapan Klinik Desa Ulu Benut, petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Norhisam Ikhwan berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 4.32 petang.

Katanya, seramai sembilan anggota dengan sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Tindakan Operasi (PTO) ditempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan sebuah kereta jenis Perodua Alza.

“Kedua-dua kenderaan dari arah Simpang Renggam menghala ke Ayer Hitam. Perodua Alza dipercayai telah melanggar belakang Perodua Kancil.

“Operasi dijalankan dengan menggunakan peralatan khas bagi menyelamatkan mangsa di mana pihak bomba mengambil masa lebih kurang 7 minit untuk mengeluarkan pemandu Perodua Kancil,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, mangsa yang cedera dikenali sebagai Siti Hawa binti Ayir @ Abd Aziz, 46  telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.

Manakala pemandu Perodua Alza tidak mengalami kecederaan dan operasi ditamatkan pada jam 5.03 petang.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top