BM | EN | 中文

PEMANDU TEKSI TERMINAL FERI KUKUP MAHU JUMPA KARMAINE

IMG-20191104-WA0030.jpg
Advertisement

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 4 NOV: Para pemandu teksi di Terminal Feri Antarabangsa Kukup berharap agar jeti tempat mereka mencari rezeki yang ditutup sementara dapat dibuka semula segera.

Advertisement

Perkara tersebut disuarakan para pemandu teksi veteran tersebut dan berharap agar Ahli Parlimen Tanjung Piai yang baharu akan dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka bagi menyara keluarga.

Dalam pada itu mereka turut barcadang untuk bertemu calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Karmaine Sardini.

Omar Musbah

Seorang pemandu teksi, Omar Musbah, 74, berharap calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini dapat membantu memperjuangkan nasib mereka.

Advertisement

“Kami mahukan wakil rakyat yang dapat membantu menyelesaikan masalah dihadapi penduduk, termasuklah pemandu teksi yang merupakan penduduk tempatan di sini.

“Buat waktu ini kami masih bersikap terbuka, calon mana yang dapat membantu kami meningkatkan pendapatan sebagai pemandu teksi itulah yang akan kami pilih,” ujarnya yang sudah memandu lebih sepuluh tahun.

Borhan Bero

Sementra itu, Borhan Bero, 76, memberitahu, penutupan terminal feri di Kukup menjejaskan pendapatan mereka yang berkhidmat sepenuh masa sebagai pemandu teksi.

Advertisement

“Dahulu, purata pendapatan harian kami mencecah RM100, namun kini untuk mendapatkan RM50 amat sukar. Penutupan terminal feri amat menjejaskan kerana tiada lagi kemasukan pelancong dari situ.

“Oleh itu, kami berharap calon PRK Parlimen Tanjung Piai dapat mengadakan sesi dialog bagi membincangkan permasalahan dihadapi pemandu teksi di kawasan ini,” katanya yang sudah menjadi pemandu teksi selama 48 tahun.

Operasi di Terminal Feri Antarabangsa Kukup telah dihentikan sementara bermula 1 September lalu dan kesemua operasinya berpindah ke Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, Iskandar Puteri.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top