JOHOR BAHRU, 13 DIS : Seorang pemandu terselamat selepas kereta Proton Wira yang dinaiki terbakar 80 peratus dalam insiden kebakaran berlaku di hadapan Jakel berdekatan Kilang Lee Biskut, malam tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Kamil Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 10.46 malam.
Katanya, seramai sembilan anggota dengan sebuah jentera dan sebuah kenderaan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di lokasi kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Wira.
“Kenderaan berkenaan dari arah Skudai ke Pusat Bandar. Di mana kebakaran melibatkan 80 peratus daripada keseluruhan kereta.
“Kebakaran dipadam menggunakan dua aliran salur bantu mula air tangki pam jentera,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan punca serta anggaran masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada 11.18 malam.
JohorKini