JOHOR BAHRU, 19 DIS : Seorang pemandu terselamat selepas kereta jenis Citroen C5 yang dinaiki terbakar 90 peratus dalam insiden kebakaran berlaku berhampiran AEON Permas Jaya menghala ke Pasir Gudang, semalam.
Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Razif Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 2.29 petang.
Katanya, seramai lima anggota dan sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja menyelamat.
“Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran sebuah kereta jenis Citroen C5.
“Kesan kebakaran memusnahkan 90 peratus keseluruhan kenderaan. Tindakan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan punca dan anggaran masih dalam siasatan. Operasi pemadaman ditamatkan pada jam 3.13 petang,”katanya dalam satu kenyataan.
JohorKini