BM | EN | 中文

Pemandu maut tersepit selepas terlibat kemalangan membabitkan kereta dan lori

IMG-20200116-WA0005-1.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 16 JAN : Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terlibat kemalangan membabitkan sebuah lori di hadapan Kilang Clayton, Jalan Johor Lama, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Zakaria Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 5.07 pagi.

Katanya, seramai enam anggota dengan sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya Pasukan Tindakan Operasi (PTO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Kia Carnival dan sebuah lori jenis Croner.

“Lori dari arah Ayer Hitam menghala ke Simpang Renggam, manakala MPV dari arah bertentangan.

“Kesan kemalangan tersebut telah menyebabkan pemandu kereta jenis Kia Carnival Lee Ming Keong, 39 tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan manakala pemandu lori Croner cedera,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, pihak bomba mengambil masa 20 minit utk mengeluarkan mangsa tersepit.

Jelasnya, mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Batu Pahat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top