BM | EN | 中文

Pemandu maut, penumpang cedera kemalangan di jalan Skudai – Pontian

149128164_747382795885384_6004618213698121751_n.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 FEB: Seorang pemandu maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 20, Lebuhraya Skudai-Pontian, berhampiran Taman Desa Skudai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, mangsa maut merupakan seorang lelaki berusia 56 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu hilang kawalan terhadap Perodua Myvi berkenaan sebelum terbabas dan merempuh pokok di pembahagi jalan.

Advertisement

“Akibat kemalangan itu, pemandu tersepit dan maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya, lapor Utusan Online.

Tambah Rupiah, penumpang yang duduk di bahagian depan kenderaan tersebut cedera.

Menurutnya, kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Sementara itu Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Inggai Anak Bakau berkata, kejadian itu dilaporkan kepada pihaknya pada pukul 1.38 petang.

Sehubungan itu katanya, seramai 11 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai dikejar ke lokasi kejadian.

“Perodua Myvi berkenaan terbabit dalam kemalangan dipercayai akibat terbabas.

Advertisement

“Mangsa yang maut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala pemandu cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan,” jelasnya.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top