BM | EN | 中文

Pemandu maut lori kontena terbabas ke gaung

IMG-20200109-WA0005-e1578541546444.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JAN: Seorang lelaki maut apabila lori kontena yang dipandunya terbabas ke gaung di kilometer 32.5 lebuhraya PLUS arah selatan, pagi tadi.

Mangsa, Mohd Zainuri Tompang, 44, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Komander Operasi, PBK II Masnawi Wardjin, pihak bomba menerima panggila kecemasan kira-kira jam 4.35 pagi tadi.

Advertisement

“Tiba di tempat kejadian, didapati sebuah kontena telah terbabas ke dalam gaung sedalam 25 kaki.

“Mangsa disahkan maut di lokasi manakala operasi menyelamat ditamatkan pada jam 6.00 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top