BM | EN | 中文

PEMANDU MAUT KERETA BERTEMBUNG LORI KONTENA

IMG-20191113-WA0006.jpg
Advertisement

 

BATU PAHAT, 13 NOV : Seorang pemandu maut selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori kontena sebelum kedua-dua kenderaan masuk ke dalam parit dalam kejadian petang, semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Sudin Manap berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian berlaku di Jalan Parit Sulong itu pada jam 4.19 petang.

Advertisement

“Seramai enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian. Sebaik tiba didapati benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori kontena jenis Scania dan sebuah kereta jenis Toyota Camry.

“Kedua-dua kenderaan telah bertembung dan memasuki parit berhampiran. Pemandu kereta Toyota Camry tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa maut dikenali sebagai Ng Kin San, 59 beralamat di Taman Perdana, Batu Pahat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement

Sementara pemandu lori berusia 39 tahun terselamat dalam kejadian itu dan operasi menyelamat ditamatkan pada jam 6 petang.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top