BM | EN | 中文

Pemandu lori Malaysia puji langkah Singapura tawar vaksinasi COVID-19

tambak-johor.jpg

Gambar HIasan / Gambar Ehsan Media Corp

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 MAC: Langkah Singapura menawarkan vaksin COVID-19 kepada pemandu dan pengiring lori kargo terpilih yang sering memasuki negara itu dapat mengurangkan risiko jangkitan dan mempermudahkan lagi proses memasuki republik berkenaan.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Lon Johor Novan Hing berkata langkah kerajaan Singapura itu menunjukkan negara berkenaan berfikir ke hadapan dalam mendepani pandemik COVID-19

“Inisiatif ini sangat ditenma baik dan melegakan pemandu lori, cuma kami tidak tahu lagi bagaimana proses untuk mendapatkan vaksin

Advertisement

“Kami mengharapkan supaya dengan pemberian vaksin, jumlah pemandu lori menjalani ujian swab berkurang kerana tidak semua akan dapat (vaksin) tetapi yang penting inisiatif ini perlu diberi pujian,” katanya, lapor Bemama.

Pada Isnin lepas, kerajaan Singapura dalam satu kenyataan mengumumkan akan menawarkan vaksin COVID-19 kepada pemandu dan pengiring lori kargo terpilih yang sering memasuki Singapura dari Malaysia pada bulan Ini.

Republik itu menyatakan mereka yang terpilih untuk divaksin bakal dimaklumkan menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) daripada Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura dan akan dihubungi untuk janji temu bagi menjalani vaksinasi di tempat ditetapkan di republik itu

Advertisement

Pemandu lori, S. Sugunthan, 27, berkata langkah itu dapat meningkatkan keyakinan mereka dari segi kesihatan yang setiap hari perlu berulang-alik ke republik berkenaan.

“Macam kami setiap kali masuk Singapura perlu buat ujian swab, jadi langkah ini juga dapat kurangkan kesesakan jalan raya,” katanya yang telah bekerja sebagai pemandu lori selama lima tahun.

Sugunthan yang memandu lori kargo membawa muatan barang elektronik mengharapkan dapat menjadi antara individu bertuah yang terpilih menerima vaksin berkenaan.

Advertisement

Seorang lagi pemandu lori, M. Sarawana berpendapat langkah itu akan memudah serta mempercepatkan proses para pemandu lori untuk memasuki negara berkenaan.

“Bila dapat vaksin dengan lebih awal ia akan bantu proses perjalanan antara kedua-dua negara dengan mudah dan harap tidak perlu lagi buat ujian swab setiap kali masuk Singapura,” katanya yang telah memandu lori selama 20 tahun.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top