BM | EN | 中文

Pemandu lori ditahan di Rompin, bersama 2.6 kilogram dadah

Pemandu-lori-ditahan-di-Rompin-bersama-2.6-kilogram-dadah.jpg
Advertisement

KUANTAN, 2 OKT: Polis menahan seorang pemandu lori bersama lebih 2.6 kilogram (kg) dadah jenis heroin dan syabu, yang disyaki untuk dijual di sekitar daerah Rompin, kira-kira 136 kilometer dari sini.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon berkata suspek berusia 31 tahun itu, ditahan pada serbuan di kawasan tempat letak kereta di sebuah hotel di Jeti Tanjung Gemok, Rompin pada 10 malam, kelmarin.

“Suspek yang berasal dari Skudai, Johor dipercayai mula aktif mengedar sejak Julai lalu dan tiba di lokasi kejadian dengan menaiki kereta Perodua Bezza, dilihat dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan menemukan dadah disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang hadapan dan penutup konsul gear.

Advertisement

“Siasatan awal mendapati suspek membeli dadah dengan anggaran berat 2.3 kg heroin dan 659 gram syabu yang dipercayai bernilai RM47,500 daripada seorang lelaki di Johor secara hutang,” katanya kepada pemberita menerusi kenyataan media di sini, semalam.

Azari berkata suspek yang mempunyai empat rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan juga didapati positif dadah.

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top