BM | EN | 中文

Pemandu lori cedera parah kemalangan dengan bas persiaran

eksiden.jpg

Keadaan kemalangan yang berlaku

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JAN : Seorang pemandu lori cedera parah di bahagian kepala dan kaki selepas terlibat dalam kemalangan berlaku di Jalan Titiwangsa 1, Tampoi Indah, di sini pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Hazrul Rahmat berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 6.28 pagi.

Katanya, seramai 13 anggota, dua unit motosikal Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia, satu jentera dan sebuah kenderaan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Kemalangan melibatkan antara sebuah lori sejuk beku dengan sebuah bas persiaran. Kedua dua kenderaan menghala dari arah bandar ke Skudai.

“Lori dipercayai telah melanggar belakang bas persiaran yang berhenti mengambil penumpang. Terdapat seorang pemandu lori tersepit.

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa lebih kurang 15 minit. Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Mangsa dikenali sebagai Lee Hoe Hock, 41 berasal dari Rengit, dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dengan menaiki ambulans.

Tambahnya, pemandu dan penumpang bas selamat dan operasi ditamatkan pada jam 7.09 pagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top