BM | EN | 中文

Pemandu kren ditahan miliki dua senapang angin buatan sendiri

Pemandu-kren-ditahan-miliki-dua-senapang-angin-buatan-sendiri.png

Gambar Ehsan Polis Melaka

Advertisement

ALOR GAJAH, 25 MEI: Seorang pemandu kren ditahan kerana memiliki dua laras senapang angin buatan sendiri dalam serbuan di Rumah Awam Lubok Redan, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah di sini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata lelaki berusia 37 tahun itu yang tidak mempunyai lesen sah daripada pihak berkuasa untuk menyimpan senjata berkenaan ditahan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Alor Gajah kira-kira 12.45 tengah malam Ahad.

“Dua laras senapang angin dan beberapa komponen senapang angin serta peluru ball bearing ditemukan di ruang tamu rumah awam berkenaan.

Advertisement

“Suspek mendedahkan senjata api tersebut dibuat sendiri menggunakan kaedah yang diajar menerusi laman web dan lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pemerasan di Kulai, Johor pada 2020.

Katanya suspek ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Sehubungan itu, Arshad berkata orang awam dinasihatkan tidak memiliki atau menyimpan senjata api tanpa lesen kerana ia menyalahi undang-undang.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top