BM | EN | 中文

Pemandu jengkaut di Kota Tinggi didakwa bunuh isteri

Pemandu-jengkaut-di-Kota-Tinggi-didakwa-bunuh-isteri.jpg

Seprang pemandu jengkaut didakwa membunuh isterinya di mahkamah Kota Tinggi, hari ini

Advertisement

KOTA TINGGI, 16 MAC: Seorang pemandu jengkaut didakwa di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh isterinya.

Tertuduh, Mohd Hanafi Patahur Rahim berusia 43 tahun yang turut didakwa kerana memiliki senjata api tanpa permit, membunuh isterinya Hasliza Alias, 38 pada 1 Mac lalu di kediaman mereka di Taman Saujana, Kota Tinggi.

Mengikut pertuduhan, suspek didakwa menembak isterinya yang sedang tidur kira-kira jam 3.30 pagi dan mayat mangsa disumbat dalam tong air biru sebelum ditanam di sebuah ladang di Bandar Penawar, Kota Tinggi kira- kira 30 kilometer daripada kediaman mereka.

Advertisement

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan dan mahkamah menetapkan 18 April depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Manakala di mahkamah sesyen pula, Hanafi didakwa atas empat pertuduhan memiliki senjata api tanpa lesen.

Polis turut merampas senapang angin, senapang patah, 64 butir peluru yang merupakan milik suspek.

Advertisement

Hakim Zahilah Mohammad Yusoff menjatuhkan hukuman 6 tahun penjara selepas Hanafi mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan memiliki senjata tanpa lesen di bawah Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top