BM | EN | 中文

PEMANDU GRAB DISAMUN GENG BERPARANG

3F3A1908-0B42-43C5-86D6-51A251E45A86.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 OGOS: Seorang pemandu Grab dirompak tiga lelaki bersenjatakan parang di kawasan parkir Persiaran Saujana, Jalan Masai Lama di Johor Jaya, awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 25 tahun sedang berehat dalam keretanya dalam kejadian 5.20 pagi itu sebelum keretanya dihampiri sebuah lagi kereta yang dinaiki tiga orang lelaki berparang.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mangsa menyerahkan dompetnya kepada kumpulan lelaki tersebut kerana bimbang dirinya dicederakan.

Advertisement

“Ketiga-tiga suspek melarikan dompet mangsa (pemandu grab) yang mengandungi pelbagai dokumen diri dan bank, wang tunai RM540 serta dua telefon bimbit,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mangsa tidak dicederakan oleh suspek dalam kejadian tersebut, katanya lagi.

Kejadian tersebut turut direkodkan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kini tular di laman sosial.

Advertisement

Muka ketiga-tiga suspek bagaimanapun tidak kelihatan kerana masing-masing menutup muka mereka.

Shahrulanuar Mushaddat berkata polis kini sedang giat mengesan kesemua suspek yang terlibat berdasarkan maklumat yang diperolehi, dan rakaman CCTV berhampiran tempat kejadian.

Beliau juga memohon kerjasama orang ramai tampil membantu siasatan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian.

Advertisement

Maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di talian 07-3864222.

Kes tersebut sedang disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan samun berkawan menggunakan senjata di mana jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

 

Advertisement

Sumber: Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top