BM | EN | 中文

PEMANDU GAGAL KAWAL LORI, LANGGAR KERETA, REMPUH PLAZA TOL

IMG-20191211-WA0031.jpg
Advertisement

KULAI, 11 DIS: Akibat gagal menekan brek, seorang pemandu lori muatan pasir melanggar sebuah kereta di plaza Tol Senai – Desaru, di sini hingga mengakibatkan rempuhan di sekitar rumah tol tersebut.

Tular di Facebook satu rakaman video berdurasi 18 saat berkenaan insiden tersebut yang berlaku pada jam lebih kurang 4.36 petang, Isnin lalu, di KM 5 Lebuhraya Senai – Desaru (arah Senai), di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pemandu lori berusia 38 tahun itu hilang kawalan selepas melanggar lopak air sebelum menggelungsur melanggar kereta di salah satu lorong di plaza tol tersebut.

Advertisement

“Pelanggaran itu telah menyebabkan kereta yang dilanggar berganjak kedepan dan melanggar batu di rumah tol tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tambahnya lagi, tiada kecedaran direkodkan dan siasatan menunjukkan hujan lebat pada waktu kejadian dan semua pemandu dan pihak yang terlibat telah membuat laporan kemalangan.

“Akibat daripada kejadian itu, kereta tersebut mengalami kerosakan di bahagian bumper, bonet lampu kiri dan kanan, cermin besar dan bahagian depan.

Advertisement

“Manakala lori tersebut mengalami kerosakan di bahagian depan sebelah kiri, bumper, pintu sementara lain-lain kerosakan masih belum dikenal pasti,” katanya.

Beng Yeow berkata, semakan terhadap rekod saman ke atas pemandu lori tersebut didapati mempunyai 14 rekod saman lampau melibatkan enam berstatus waran yang masih belum dijelaskan.

Beliau berkata, tindakan terhadap pemandu lori tersebut telah di ambil di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 (Rule 10 LN 166/59) seperti yang diklasifikasikan kes tersebut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top