BM | EN | 中文

Pemandu cedera rempuh bahagian belakang kenderaan lain

IMG-20200211-WA0000-e1581386016740.jpg

Keadaan depan lori yang merempuh bahagian belakang sebuah lori lain sehingga menyebabkan pemandunya tersepit.

Advertisement

BATU PAHAT, 11 FEB: Seorang lelaki cedera, manakala tiga yang lain selamat selepas terlibat dalam sebuah kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer 84.2, Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II, Zakaria Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.42 petang.

“Satu jentera dari BBP Ayer Hitam dengan seramai enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori jenis Isuzu merempuh sebuah lori jenis Nissan daripada arah belakang menyebabkan pemandunya tersepit,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah Zakaria, mangsa yang tersepit, R Haritharan, 27, berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khusus namun mengalami kecederaan.

“Tiga individu lain, iaitu penumpang lori Isuzu serta pemandu dan penumpang lori Nissan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement

“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 4.20 petang,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top