BM | EN | 中文

Pemandu cedera kereta langgar tiang lampu

IMG-20200204-WA0002.jpg

Pemandu Perodua Myvi berkenaan cedera selepas kereta dipandu melanggar tiang lampu di lebuhraya Pasir Gudang ke Taman Molek pagi tadi.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 FEB : Seorang pemandu cedera selepas Perodua Myvi dipandu melanggar tiang lampu di lebuhraya Pasir Gudang ke Taman Molek pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Kamal Sari berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 6.33 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dan satu kenderaan EMRS telah dihantar ke lokasi kejadian

Advertisement

“Setibanya dilokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalanraya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi melangar tiang lampu jalan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 24 tahun cedera dan telah dikeluarkan oleh pihak polis sebelum bomba tiba di tempat kejadian.

“Mangsa dihantar ke hospital dengan mengunakan ambulans. Operasi ditamatkan pada jam 7.14 pagi,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top