BM | EN | 中文

PEMANDU BAS EKSPRES MAUT TERBABAS LANGGAR POKOK

kemalangan-1.jpg
Advertisement

KLUANG, 11 DIS: Seorang pemandu bas ekspres maut selepas bas dipandu terbabas sebelum melanggar pokok dalam kemalangan berlaku berhampiran Kampung Baharu, Seri Lalang, Jalan Ayer Hitam awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kluang Pegawai Bomba Kanan II Azmi Mohd Bani berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 2.12 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan EMRS telah bergegas ke tempat kejadian.

Advertisement

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas ekspress yang terbabas melanggar sebatang pokok.

“Pemandu bas tersebut P Mathivanan, 52 tercampak keluar dari bas ke bahu jalan dan disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Ketika kejadian bas tersebut tidak membawa penumpang. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan jam 2.33 pagi,”katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top