BM | EN | 中文

Pemancing dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan bot hanyut dekat Pasir Gudang

Pemancing-dikhuatiri-lemas-ketika-cuba-selamatkan-bot-hanyut-dekat-Pasir-Gudang.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 DIS: Seorang pemancing dikhuatiri lemas apabila hilang selepas dia bertindak terjun ke laut kerana mahu menyelamatkan botnya yang hanyut di Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Timbalan Penguasa Bomba II Ibrahim Omar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang menimpa Fazudin Azuardi Ismadi, 33, itu pada pukul 2.37 petang.

Beliau berkata 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT), Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), sebuah kenderaan utiliti Toyota Hilux serta bot aluminium bagi kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Advertisement

“Menurut rakan Fazudin, ketika sedang memancing bersama-sama di sebuah rumah rakit, Fazudin telah terjun ke dalam laut untuk mengambil bot yang dinaiki mereka, yang didapati hanyut akibat ikatan terlucut,” katanya menerusi kenyataan, di sini, semalam.

“Kita menggunakan sebuah bot bagi operasi ini dengan melibatkan skop pencarian pada jarak satu kilometer sekitar rumah rakit itu,” katanya.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top