BM | EN | 中文

Pemancing dikhuatiri hilang di Mersing ditemukan selamat

Agensi-Penguatkuasaan-Maritim-Malaysia-APMM.png
Advertisement

MERSING, 25 SEPT: Seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas keluar memancing di perairan Mersing semalam, ditemukan selamat pada pagi ini.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria dalam kenyataan hari ini berkata Suhaimi Hashim, 53, ditemukan oleh seorang kapten feri berhampiran Pulau Seri Buat pada 8.27 pagi.

“Mangsa ditemukan sedang berpaut pada bot fibernya yang terbalik selepas dipukul ribut.

Advertisement

“Mangsa telah dibawa ke Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pahang untuk tindakan seterusnya,” katanya, lapor Bernama.

Nurul Hizam berkata semalam, isteri mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas gagal menghubungi suaminya yang keluar memancing seorang diri pada 8 pagi, menaiki bot dari jeti Sungai Jamaluang, Kampung Sri Pantai, Mersing dekat sini.

Susulan itu, satu operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada 4 pagi tadi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top