BM | EN | 中文

Pemakluman penutupan jalan di Kluang

kerja-pembinaan-jalan-kluang-23-jun.jpg
Advertisement

KLUANG, 22 JUN: Majli Perbandaran Kluang (MPK) memaklumkan penutupan beberapa jalan utama di pusat bandar Kluang bagi memberi laluan kepada pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.

“Dimaklumkan bahawa, pihak kontraktor SIPP YTL-JV bagi Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru akan menjalankan kerja-kerja pembinaan jalan lencongan baru dari Jalan Hospital melalui lintasan rata keretapi ke Jalan Omar mulai 23 Jun 2020 sehingga 24 Jun 2020.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif yang disediakan. Kenderaan ringan sahaja dibenarkan menggunakan jalan alternatif tersebut dan kenderaan berat dilarang masuk,” menurut kenyataan MPK.

Advertisement

Dalam pada itu MPK membertitahu, pada 24 Jun 2020, jalan lencongan baru ini akan dibuka bagi kegunaan pengguna jalan raya.

“Ini disebabkan sebahagian Jalan Hospital dan Jalan Rambutan akan ditutup pada 24 Jun 2020 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf jalan tersebut.

“Walaubagaimanapun, kenderaan berat tidak digalakkan untuk menggunakan jalan lencongan ini dan dinasihatkan menggunakan jalan yang lain,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top