BM | EN | 中文

Pemaju SIPP-YTL, Adun Paloh kerjasama sanitasi bangunan baru stesen keretapi Paloh

Pemaju-SIPP-YTL-Adun-Paloh-gotong-royong-sanitasi-bangunan-baru-stesen-keretapi-Paloh.jpg
Advertisement

KLUANG, 22 SEPT: Pemaju SIPP-YTL bekerjasama dengan Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali bagi menjalankan sanitasi awam di bangunan di tapak projek Landasan Elektrik Berkembar (PLEB) jajaran Kluang-Paloh-Bekok.

Sheikh Umar dalam satu kenyataan berkata, sanitasi dilakukan di binaan bangunan baru hentian Stesen Keretapi Paloh dengan kerjasama pasukan Unit Tindak DAP Sembrong.

“Beberapa hari lalu, ada Kluster Tapak Bina Jalan Stesen Paloh yang melibatkan lebih 30 saringan kontak rapat dan bergejala.

Advertisement

“Pihak pemaju SIPP-YTL telah menghubungi kami untuk bantu lakukan sanitasi di tapak projek.

“Alhamdulillah. Semalam kami gotong royong sama-sama, kerja sama-sama. Semoga kita semua selamat dari Covid-19,” kata Sheikh Umar.

Selain itu, Unit Tindak DAP Sembrong turut melakukan sanitasi di Madrasah Islamiya Paloh susulan terdapat maklumat individu bergejala yang memasuki premis berkenaan.

Advertisement

“Pengerusi Madrasah – Abang Kamal contact kami, minta bantu buat sanitasi. Kami terus sedia dan buat semburan. Saya selalu cakap, DAP ni sifatnya untuk semua rakyat tanpa mengira kaum atau agama. Siapa perlukan bantuan, kami akan turun dan tolong.

“Tak kira masjid, surau, kuil atau tokong… kita akan masuk untuk bantu apa-apa yang perlu.

“Inilah bezanya DAP daripada politik lama. UMNO jaga Melayu, MCA jaga Cina, MIC jaga India.

Advertisement

“Saya harap pendekatan parti-parti politik kita akan berubah. Semua parti berkerja untuk rakyat jelata. Tak perlu beza-beza. Kita berjuang untuk semua rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Dalam perkembangan sama kerja sanitasi awam tirut dilakukan di Taman Paloh, Sentral Paloh dan stesen keretapi baru Paloh.

“Alhamdulillah semua kerja-kerja berjalan lancar sepertimana dirancang,” ujar Sheikh Umar lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top