BM | EN | 中文

PEMAJU PERLU BINA RUMAH IKUT PERMINTAAN

Dzulkefly-Ahmad.jpg

JOHOR BAHRU, 16 SEPT : Pemaju disaran mengutamakan pembinaan rumah yang mempunyai permintaan pasaran yang tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, saranan itu bagi mengelakkan hartanah tidak terjual.

“Sepatutnya pemaju perlu mengutamakan pembinaan rumah yang mempunyai permintaan dalam negara, khususnya rumah mampu milik.

“Memandangkan hartanah tidak terjual ini dimiliki syarikat dan pemaju swasta, lebih baik pihak itu sendiri mengambil inisiatif untuk menjual dan mengadakan pameran di luar negara.

“Tidak perlu melibatkan kerajaan kerana kerajaan tidak mendapat sebarang keuntungan hasil dari jualan hartanah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditanya tentang Johor mencatat antara hartanah tidak terjual tertinggi di negara melibatkan 51,000 unit dengan anggaran nilai lebih kurang RM36 billion.

Berdepan dengan masalah ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin mencadangkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk menarik pembeli dari China dan Hong Kong bagi menyelesaikan isu lambakan rumah tidak terjual ini.

Terdahulu, Adun Kota Iskandar itu merasmikan Hari Malaysia peringkat DUN Kota Iskandar di Taman Universiti pagi tadi.

Menurut Dzulkefly lagi, Kajian Khazanah Institut menunjukkan rumah mampu milik bagi rakyat negeri Johor berada di bawah paras RM 500 ribu.

“Kalau lihat analisa ini, sepatutnya pemaju perumahan membina rumah yang kurang dari RM500,000.

“Kerajaan negeri telah memperkenalkan dasar baru April lepas yang mana pemaju perumahan yang memohon kebenaran merancang kepada Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengemukakan kajian pasaran (market study).

“Tujuannya bagi membuktikan kompenan pembangunan yang bakal dibina mempunyai permintaan pasaran,” katanya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top