BM | EN | 中文

Pemaisuri Agong berseloroh mahu ‘jawi’ kan nitizen kata baginda berpolitik dalam Twitter

tweet.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 DIS : Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Twitter hari ini berseloroh mahu ‘jawi’ kan mereka yang mengatakan baginda berpolitik atau bersifat perkauman di dalam Twitter.

Menerusi Twitter @cheminahsayang baginda membuat ciapan berbunyi “semasa sy kecil, sepupu sy dari kelantan selalu sebut “nak jawi” … org kelantan sebut masuk jawi kalau nak bersunat atau berkhatan …. kpd songel2 yg  kata sy berpolitik/rascist dlm twitter , sy akan “JAWI” mereka ok !!! 🤓🤓🤓

Lontaran baginda yang dikongsikan pada jam 9.15 pagi tadi mendapat lebih 5,579 retweets dan 15,900 likes sehingga petang tadi dan menerima pelbagai reaksi dari nitizen.

Advertisement

Twit baginda itu juga disambut salah seorang pengguna @afxjha yang turut menyambut seloroh baginda mengatakan orang Kelantan mempunyai isu ‘jawi’ (berkhatan) pada hujung tahun setiap cuti sekolah.

“Your tweets made my day!! Ampun Tuanku beribu ribu ampun, I’m kelantanese and we got “jawi” issues at the end of every years during school holidays”.

Tunku Azizah kemudian membalas dengan nada lucu “tu lah … dok pehe gapo makno jawi !” sekali gus menceriakan warganet yang membaca ciapan tersebut.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top