BM | EN | 中文

PEMADAMAN KEBAKARAN DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH DI KOTA PUTERI DITERUSKAN

aminolhuda-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 OKT: Pemindahan bagi pusat peperiksaan di SMK Seri Kota Puteri 2, di sini akan dilakukan jika masalah pembakaran di tapak pelupusan sampah masih berlarutan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan.

Beliau berkata, asap yang datang dari kawasan tersebut telah menganggu pelajar terutamanya 100 calon yang sedang menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di sekolah tersebut.

“Seandainya keadaan masih tidak dapat diatasi dengan segera, pemindahan akan dilakukan bagi mereka yang terlibat,” katanya dalam satu sidang media ketika mengadakan lawatan di sekolah berkenaan, hari ini.

Advertisement

Tambahnya lagi, perbincangan bersama jabatan-jabatan dan exco berkaitan akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Menurut laporan, pemadaman kebakaran di situ yang melibatkan empat ekar itu, kini masih berbaki 30 peratus.

“Pelbagai jabatan sedang meniliti segala usaha untuk diteruskan lagi dalam mengatasi pembakaran ini bagi mengelakkan masalah ini berlanjutan,” katanya lagi.

Advertisement

Aminolhuda berkata walau bagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak ada menerima apa-apa laporan yang melibatkan penjejasan kesihatan pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

“Bagi memastikan calon-calon PT3 disini dapat menjawab peperiksaan dengan selesa, semua pihak digesa untuk berkerjasama untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya lagi.

Terdahulu dilaporkan, operasi pembakaran di kawasan sejauh 1km dari sekolah berkenaan telah dilaksanakan sejak 7 September lalu dan berlanjutan sehingga kini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top