BM | EN | 中文

PELUANG LATIHAN KEMAHIRAN TAJAAN CIDB MALAYSIA DI JOHOR

cidb.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OGOS: Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wiayah Selatan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menawarkan tajaan latihan bagi kemasukan September dan Oktober 2019.

Pelbagai jenis kursus sebagai pilihan antaranya ialah Operator Kren, Pengendali Jentera Jengkaut, Sistem Penghawa Dingin dan Penyelenggaraan Operasi Bangunan.

Para belia yang berumur diantara 18 hingga 35 tahun yang berjaya diterima masuk ke dalam program ini akan ditaja sepenuhnya termasuk yuran latihan, makan dan minum selain elaun latihan dan pakaian latihan.

Advertisement

Mereka yang menyertai latihan ini akan secara automatik menerima Kad Hijau CIDB, dan diliputi perlindungan insuran setiap kali memasuki kawasan pembinaan.

Selain itu, ABM dan CIDB juga menyediakan peluang latihan kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam industri minyak dan gas melalui latihan kursus ‘Gas Pipe Fittting’ dan ‘Gas Pipe Insulation’.

Umum sedia maklum bahawa industri minyak dan gas ini menjanjikan upah lumayan dan sentiasa mendapat permintaan dari pemain utama industri ini.

Advertisement

Memandangkan negara sedang dan mengalami kekurangan pekerja dengan kemahiran teknikal, tajaan kursus ini merupakan peluang terbaik bagi para belia khususnya yang berada di kawasan selatan tanahair.

Segala pertanyaan boleh diajukan kepada Akademi Binaan Malaysia (Kawasan Selatan) atau melalui laman sosial Facebook Akademi Binaan Malaysia (kawasan selatan).

Maklumat lanjut juga boleh diperolehi di talian 019-7347844 (Zaidi), 013-7335336 (Syamil) atau 011-17774487 (Sahril)

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top