BM | EN | 中文

Peluang kerja antara fokus Belanjawan Selangor 2022

Amirudin-Shari.jpg

Gambar Ehsan SelangorKini

Advertisement

SHAH ALAM, 4 NOV: Peluang pekerjaan yang menjadi penjamin kelangsungan hidup antara fokus dalam Belanjawan Selangor 2022, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Katanya pembentangan pada 26 November depan turut mengandungi beberapa usaha selaras dengan pembukaan semula sektor ekonomi.

“Saya pasti peluang pekerjaan menjadi pemberi harapan serta penjamin kelangsungan hidup. Aspek ini akan menjadi antara fokus utama dalam merangka Belanjawan (Selangor 2022) ini dengan harapan ia mampu memberikan penyuntik kepada ekonomi Selangor,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam perutusan Hari Deepavali semalam.

Pada 8 Oktober, beliau berkata semua Ahli Dewan Negeri termasuk pembangkang dan bebas terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2022 yang diadakan secara berasingan dalam pelbagai bentuk dan kaedah.

Pembentangan pada 26 November itu akan dibahas dalam tempoh seminggu sebelum diluluskan pada Disember.

Advertisement

Amirudin berkata antara aspek ditekankan adalah Program Inisiatif Peduli Rakyat yang diperluas kepada kelompok terkesan pandemik Covid-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top