BM | EN | 中文

Peluang berjumpa ADUN Kota Iskandar setiap Jumaat

IMG-20200220-WA0002.jpg

Perjumpaan bersama rakyat Pusat Khidmat DUN Kota Iskandar yang diadakan setiap hari Jumaat.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 20 FEB : Dalam kesibukan menguruskan potfolio di peringkat negeri, ADUN Kota Iskandar tidak sesekali melupakan pengundi di kawasannya.

Buktinya Sr Dzulkefly Ahmad yang juga Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor menganjurkan Program Perjumpaan Bersama Rakyat Pusat Khidmat DUN Kota Iskandar yang diadakan setiap hari Jumaat sebagai platform untuk terus mendekati para pengundinya.

Perjumpaan yang terbuka kepada orang ramai itu bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari bertempat di Pusat Khidmat Dun Kota Iskandar 11 A Jalan Utama 34, Taman Mutiara Rini, Skudai.

Advertisement

Melalui perjumpaan itu juga orang ramai berpeluang untuk mendapatkan rujukan maklumat, membuat aduan, mengajukan permohonan bantuan skim kerajaan atau sebagainya.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline 07-5121324 untuk sebarang pertanyaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top