BM | EN | 中文

Pelepasan yuran asas oleh kerajaan Selangor bantu ribuan siswa KUIS, UNISEL

Unisel-Selangor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 24 NOV: Program Bantuan Yuran Asas Universiti (Bayu) memberi manfaat kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Diumumkan Menteri Besar Selangor, Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 sebelum ini, program itu memberi pelepasan yuran asas kepada siswa dua institusi berkenaan.

Rektor Kuis, Ab Halim Tamuri mengakui hampir 8,000 pelajar menerima manfaat.

Advertisement

Bagaimanapun, pihaknya belum menetapkan jumlah dan kriteria untuk pelajar yang layak menerima inisiatif itu.

“Dari segi kriteria pelajar dan syarat ia masih dalam perbincangan. Namun kita harap semua pelajar akan dapat manfaat. Kuis akan usahakan sebaik-baiknya untuk mengurangkan beban pelajar akibat pandemik Covid-19,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau juga memaklumkan akan berbincang dengan kerajaan Selangor dalam masa terdekat berhubung bentuk pelaksanaannya.

Advertisement

Ab Halim juga menjelaskan hampir separuh pelajar baharu yang mendaftar untuk menyambung pengajian setiap kali semester berasal dari Selangor, dan selebihnya negeri lain.

Kuis, institusi pendidikan milik kerajaan Selangor menyepadukan kurikulum pengajian Islam dan bidang lain yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kuis juga memiliki persekitaran dan menampilkan suasana berasaskan nilai-nilai Islam, selain menyediakan kemudahan asrama, berdekatan perkhidmatan komuter dan lapangan terbang selain kedai.

Advertisement

Suntikan RM600

Pengurusan Unisel pula menganggarkan sekitar RM600 bakal diterima oleh pelajar yang layak menerusi inisiatif tersebut. Untuk rekod, Unisel mempunyai lebih 10,000 orang pelajar.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Hasril Abu Hassan berkata pihaknya bercadang manfaat itu dibahagi kepada tiga semester. Yuran bagi setiap semester tidak sama, tertakluk kepada pelbagai kriteria.

Advertisement

“Menerusi inisiatif Bayu, pihak universiti yakin pelajar dari kategori berpendapatan rendah (B40) secara khususnya akan menerima suntikan hampir RM600 untuk yuran asas pengajian pada tahun hadapan,” katanya.

Hasril juga menyifatkan inisiatif sedemikian meringankan beban pelajar dan keluarga yang terjejas akibat dampak Covid-19 hingga mengakibatkan sistem pembelajaran di dewan kuliah beralih kepada teknologi dalam talian.

Pengurusan Unisel juga akan mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top